Assalamualaikum and hi everyone,
Nama diberi Mohamad Shazwan Azizi bin Rosli. Saya berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1997. Saya merupakan anak pertama daripada 7 orang adik-beradik. Saya merupakan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sukan dan Rekreasi. Pendidikan dan sukan merupakan minat saya sejak kecil kerana saya ingin membantu mereka untuk mendapat pendidikan yang secukupnya serta menggalakkan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian.