Pengenalan
Sebelum kelas pertama bersama Dr. Fariza khalid bermula, kami semua diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing melalui aplikasi telegram iaitu perlu memasukkan satu gambar diri sendiri beserta dengan maklumat seperti nama, program, dan negeri asal. Kesemua pelajar memasukkan gambar dan maklumat yang diminta melalui aplikasi telegram dan selepas itu, Dr. Fariza Khalid mengadakan kuliah pertama menggunakan aplikasi zoom.
Minggu 5
Kelas pertama tutorial bersama Dr. Fariza Khalid dijalankan pada minggu ke-5. Dr. Fariza merupakan seorang yang sangat baik dan mempunyai cara yang tersendiri dalam menyampaikan maklumat berkaitan teknologi maklumat. Dr. Fariza menerangkan dengan lebih terperinci tentang konsep teknologi sehingga saya betul-betul faham. Dr. Fariza juga pandai menarik perhatian pelajar untuk fahamkan apa yang diajar dengan menanyakan soalan berkaitan apa yang baru disampaikan. Dengan itu, pelajar tidak mudah mengantuk serta fokus dengan maklumat yang disampaikan , maklumlah kelas sekarang atas talian dan pelajar pula banyak karenah. Sebagai contoh pelajar masuk ke kelas tapi tutup kamera, dengan itu pelajar kurang fokus. saya juga belajar dalam topik ini dimana domain teknologi pendidikan mengandungi 5 domain iaitu:
- Reka Bentuk
- Pembangunan
- Penggunaan
- Pengurusan
- Penilaian
Minggu 6
Pada minggu ini, tiada kelas dijalankan atas talian tetapi kami semua perlu melihat video yang diberikan oleh Dr. Fariza di dalam aplikasi telegram. Di dalam video tersebut saya belajar cara untuk membangunkan satu website atau blog menggunakan weebly. Ini merupakan kali pertama saya meneroka cara untuk menggunakan weebly kerana sebelum ini saya tidak tahu langsung apa itu weebly. Pada mulanya ia agak sukar untuk saya faham tentang penggunaan weebly namun video tutorial dari Dr. Fariza sangat membantu saya terutama berapa bahagian yang perlu diletakkan dalam weebly dan bahagian mana yang perlu dijadikan blog page atau standard page.
Video tutorial yang diberikan oleh Dr. Fariza juga sangat ringkas tapi padat isinya, jadi mudah untuk para pelajar faham. Ini kali pertama saya membina blog sendiri kerana jika benda ini tidak diajar, secara jujur saya tidak akan membuatnya. Setelah saya mendalami, saya merasa sangat tertarik dengan penulisan di dalam blog dan video yang boleh disampaikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Tema di dalam weebly juga menarik dan mudah untuk pemula seperti saya untuk menggunakan weebly.
Akhir sekali, weebly ini sangat membantu saya untuk penghasilan blog kerana ia tidak susah digunakan untuk semua orang. Para pelajar seperti saya sangat digalakkan untuk meneroka weebly kerana ia membantu kita dalam penghasilan blog atau bahan pembelajaran yang ingin disampaikan kepada orang lain.

Minggu 7
Pada minggu ini, kelas dijalankan secara tak segerak dan Dr. Fariza meminta kami menonton video di dalam telegram tentang Augmented Reality (AR). Pada mulanya, saya memang tidak tahu apa itu AR tetapi setelah melihat video tersebut, saya menjadi sangat tertarik kerana buku tersebut bukan seperti buku biasa dan ia boleh dikatakan seperti buku 3D. Video ini sagat membantu untuk penghasilan buku AR. Tambahan pula ini merupakan kerja berkumpulan jadi sangat penting untuk saya faham cara dan penggunaan buku AR. Melalui video tersebut, saya baru tahu dan ambil tahu dimana augmented reality adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer apabila objek visual yang dijana melalui komputer ditambah pada pemandangan dunia sebenar atau realiti yang kelihatan di skrin paparan.
Teknologi AR amat berkesan dalam menggalakkan pembelajaran pelajar apabila sesuatu maklumat dibentangkan secara nyata dan kreatif secara berhampiran antara satu sama lain. Ia telah membantu dalam membina pemikiran kreatif, peningkatan dalam kefahaman dan menukarkan paradigma pembelajaran pelajar tersebut dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Teknologi AR juga dapat mewujudkan sikap positif dalam kalangan guru apabila ia mampu memberi kefahaman yang jelas dan berkesan terutama perkara-perkara berasaskan kehidupan seharian kepada kanak-kanak. Selain dari itu, teknologi AR dapat menjimatkan masa dalam penguasaan sesuatu ilmu dan memberikan pilihan kepada guru untuk menggunakan media pengajaran yang lebih interaktif, menasik dan berkesan.

Minggu 8
Pada minggu ini kami belajar tentang Teori Pembelajaran dan Reka Bentuk Pengajaran (Model TPACK). Terdapat tiga teori pembelajaran utama iaitu Behaviorisme, Kognitif dan Konstruktivisme. Bedasarkan apa yang diterangkan, saya faham bahawa teori Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal, dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (response) apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan rangsangan. Teori Behaviorisme ini dikenali sebagai teori tingkah laku yang amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
Teori kognitif pula lebih menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan atau dengan perkataan lain ia lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman. Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran.Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari.Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.Pengetahuan biasanya disusun sistematik. Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.
Teori Konstruktivisme merupakan satu teori yang diasaskan dan diperkembangkan oleh Jean Piaget. Teori konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Melalui teori ini, pelajar akan sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis, pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru.
Seterusnya untuk reka bentuk, saya faham bahawa ia merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Seorang pendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. Saya percaya seorang pendidik masa kini sememangnya harus mempunyai pengetahuan dan penguasaan dalam semua aspek. Sebagai contoh TPACK iaitu technological, pedagogical, content dan knowledge.

Perbincangan Bahan AR
Pada minggu ini saya bersama ahli kumpulan saya berbincang mengenai tajuk untuk buku AR kumpulan kami. Akhirnya kami semua bersetuju memilih topik permainan warisan tahun 5 sebagai tajuk utama kami. Kami semua menjalankan tugas masing-masing iaitu perlu menyenaraikan 10 permainan warisan dan setiap orang perlu memilih dan perlu menjalankan tutorial. Dalam pada masa yang sama kami juga membuat rangka untuk bahan AR ini untuk dibentangkan kepada Dr. Fariza.
Pembentangan Bahan AR & Storyboard
Untuk pembentangan bahan AR kami kumpulan 3 telah merangka bahan yang kami perolehi dan masukkan ke dalam powerpoint untuk tujuan rakaman pembentangan yang nak diberikan kepada Dr. Fariza. Setelah siap rakaman, kami terus masukkan ke dalam telegram.
Untuk tugasan multimedia pula, kami kumpulan 3 telah bersetuju untuk berlakon. Kami memilih tajuk lalai di mana ia mengisahkan 2 orang pelajar Universiti dimana masing-masing mempunyai tabiat dan gaya hidup tersendiri. Kami membentangkan storyboard melalui wakil kumpulan 3 iaitu Nik Farahin. Setelah selesai pembentangan, rekod, dan hantar kepada Dr. Fariza, kami mendapat komen dari Dr dimana kami perlu membaiki watak Sobri yang agak sedikit tenggelam.

Minggu 10
Pada minggu ini, kami diberikan tugasan oleh Dr. Fariza tentang tugasan individu dimana kami perlu membuat satu poster infografik. Kami dinasihatkan supaya membuat satu poster yang ringkas dan tak terlalu padat dengan tulisan. Setelah selesai tentang tugasan, Dr. Fariza meneruskan kuliah dengan mengajar tentang Prinsip Reka Bentuk (teknik CASPER). Ia adalah benda yang baharu yang saya ketahui dan mempunyai teknik yang menarik dan unik. Casper adalah singkatan kepada:
- C - (Contrast ) Kontras (kontras dalam warna, imej, tipografi)
- A - (Alignment ) Penjajaran (mencapai keseimbangan seperti garis lurus/selari)
- S - ( Simplicity ) Kesederhanaan (ringkas, mudah difahami, tidak terlalu banyak perkataan/panjang)
- P - ( Proximity ) Kedekatan (jarak antara teks dan grafik)
- E - ( Emphasize ) Tekankan (berikan penekanan pada perkara utama iaitu gaya fon/warna)
- R - ( Repetition ) Pengulangan (ketekalan imej/warna/fon, etc.)